ASPEK TATABAHASA WACANA

Edit


KONSEP WACANA

Menurut Harimurti Kridalaksana (1987), wacana sebagai satuan bahasa terlengkap dalam hierarki gramatikal yang tertinggi dan terbesar. Ia direalisasikan dalam bentuk karangan yang utuh seperti novel, buku, diri kalimat, paragraf dan kata yang lengkap. Harimurti telah menggambarkan wacana sebagai kesatuan bahasa yang dapat membentuk karangan yang mengandungi idea atau pemikiran penutur atau penulis.

Menurut Asmah haji Omar (1980),  wacana adalah sebagai unit bahasa yang melebihi batas ayat. Dengan itu, wacana boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat,ceraian, bab, buku, siri dan sebagainya. Ia juga memperlihatkan hubungan dan perkembanagan fikiran yang berurutan.


KOHESI (TAUTAN) DAN KOHEREN (RUNTUTAN) DALAM WACANA

1.Tautan
Tautan ialah konsep hubungan antara unsur linguistik sama ada secara structural atau semantik. Unsur ini perlu berada dalam unit teks yang berlainan. Menurut Beaugrande dan Dressler (1981), tautann membicarakan komponen permukaan teks sama ada secara lisan atau tulisan secara berurutan.

Tautan diketegorikan kepada tiga,iaitu:
a)Tautan Perulangan

i.Tautan Perulangan Rujukan( hubungan semantik)
Contoh: Farah rajin belajar. Dia bijak.

ii.Tautan Perulangan Gantian(Hubungan semantik)
Contoh: Hatinya girang. Namun, kegembiraan itu seketika.

iii.Tautan Perulangan Elipsis (Hubungan struktural)
Contoh: Farid sudah pulang?Belum. (Farid belum pulang)

iv.tautan Perulangan Leksikal (Hubungan struktural)
Contoh: Farid membaca buku. Buku  itu tebal.

v. Tautan Perulangan Frasa (Hubungan makna tetapi struktur berlainan)
Contoh: Farhan mendapat tempat pertama. Tempat pertama milik Farhan.

vi.Tautan Perulangan Paralelisme (Hubungan struktural tetapi makna berbeza)
Contoh: Ayah membaca buku. Ibu pula membaca majalah.

vii. Tautan Perulangan Struktu dan <akna Sama
Contoh: Tolong! Tolong! Firdaus berteriak. Tolong! Tolong! Firdaus berteriak lagi.



b)     Tautan Kolokasi

i.tautan Kolokasi Antoniman
Contoh:Putih-hitam;amanah-korupsi          

ii.tautan Kolokasi kohiponiman
Contoh:teres/pangsa/banglo-rumah

iii.Tautan Kolokasi Hasil
Contoh;Padi/beras-nasi

iv. Tautan Kolokasi Sifat
Contoh:pantas-halilintar


c)      Tautan Penghubung Ayat

i.Tautan Penghubung Ayat Pertambahan
Contoh:Faris dan Farid mendapat keputusan cemerlang.

ii.tautan Penghubung Ayat Perlawanan
contoh: Mereka telah gigih walaupun kehidupan menghimpit.

iii.tautan penghubung AyatAkibat
Contoh; Oleh itu, dia dianugerahi pingat kebaktian.

iv. Tautan Penghubung Ayat Waktu
Contoh:Kini, usahanya berhasil.



2.Runtutan

Runtutan ialah kesinambungan makna atau pengantara gagasan idea. Beaugrande dan Dressler (1981) menjelaskan runtutan ialah cara komponenn dunia teks, iaiatu konfigurasi konsep dan hubungan yang mendasari teks permukaan dapat diakses bersama dan berkaitan. Jaringan ini dikaji melalui dua konsep iaitu primer (pusat kawalan) dan sekunder (mengakses dan memproses).

Konsep primer ada empat, iaitu:
i.Objek-merujuk entiti konsep yang mempunyai identiti dan kandungan kekal.
ii.Situasi-Merujuk konfigurasi objek dalam keadaan semasa.
iii.peristiwa-Merujuk kewujudan yang mengubah sesuatu keadaan atau                                  kedudukan
iv.Tindakan-Merujuk peristiwa yang dihasilkan secara sengaja oleh agen


Manakala konsep sekunder ada 34, iaitu keadaan,agen,entiti terkesan,hubungan,atribut, likasi, masa, gerakan, alat, bentuk,  bahagian, bahan, kawalan, sebab, pembolehan, alasan, tujuan, persepsi, kognisi, emosi, volisi, pengiktirafan, komunikasi, keupayaan, contoh, spesifikasi, kuantiti, modaliti, signifikan, nilai, ekuivalen, lawanan, rujukan bersama, dan perulangan.

Ringkasnya, runtutan ialah suatu susunan fikiran secara logik. Runtutan dapat dikaji berdasarkan empat tahap, iaitu:

i.Tahap tujuan- Melihat tahap sesebuat teks menepati tujuan penutur/penulis.
ii.Tahap penerimaan-Menilai tahap penerimaan dan pemahaman pendengar/pembaca sesebuah teks.
iii.Tahap maklumat-berhubung dengan sesebuah teks itu dari sudut pandangan pembaca.

iv.Tahap keadaan-Bersangkutan dengan kerelevanan teks itu dengan situasi                          ujaran.

0 comments:

Post a Comment