ASPEK ANALISIS WACANA
Kajian wacana bahasa Melayu dikatakan masih baru di Negara kita.
Pendapat ini dikemukakan oleh Sanat Md Nasir (2002: 9). Muhammad Yunus Maris
merupakan perintis yang memperkenalkan kaedah analisis wacana dalam bahasa
Melayu. Beliau menggunakan teknik menganalisis makna yang dinamai keperihalan
keadaan untuk menerangkan penggunaan ganti nama. Namun begitu, tidak ada di
dalam artikel tersebut, sama ada disebut perkataan wacana atau teks atau
penyataan kajian struktural yang melangkaui ayat.
Kerancakan
penyelidikan berkaitan dengan wacana bahasa Melayu berlaku pada tahun 1980-an,
iaitu sepuluh tahun selepas wacana sebagai satu disiplin berlaku rancak di
Eropah dan di Amerika Syarikat. Pemaparan penyelidikan itu berupa artikel,
desertasi dan buku. Asmah Hj Omar telah menulis dua buah artikel dalam Jurnal
Dewan Bahasa, yang masing-masing bertajuk “Analisis Wacana” dan “Pengajaran
Bahasa untuk Kemahiran Berkomunikasi: Pendekatan Wacana”. Artikel pertama
beliau telah menunjukkan penggunaan tiga jenis analisis wacana, iaitu kaedah
Harris, kaedah Becker dan kaedah Sinclair dan Coulthard. Artikel lain ialah
Lutfi Abas dan Soenjono Dardwidjojo.
Selain daripada
kajian berbentuk artikel, penyelidikan wacana juga telah dilalkukan secara
serius di peringkat latihan ilmiah, sarjana dan kedoktoran. Bibliografi latihan
ilmiah yang telah diusahakan oleh Ismail dari tempoh 1977 hingga 1994, didapati
latihan ilmiah yang berkaitan dengan wacana hanya muncul mulai tahun 1984. Terdapat
14 buah latihan ilmiah tentang kajian wacana sejak tahun tersebut hinggalah
tahun 1989. Penelitian di peringkat sarjana sepanjang tempoh tahun 1980-an
setakat yang terkumpul ialah Sucipto dan Wong. Sucipto melihat unsur tautan
manakala Wong melihat kesinambungan topic dalam sesebuah wacana.
Di peringkat
disertasi kedoktoran pula terdiri daripada Abdul Aziz Idris (1982), Rafferty (1982),
Azhar M. Simin (1983) dan Tallei (1988). Abdul Aziz memfokuskan pada aspek struktur
tema dan system hubungan logical dalam teks pendedahan bahasa Melayu dan
Inggeris. Rafferty pula memfokuskan struktur wacana bahasa Indonesia yang
dituturkan oleh orang Cina di Malang, Indonesia. Azhar pula meneliti sintaksis
wacana “yang” dalam bahasa Malaysia. Tallei pula menggunakan pendekatan
analisis wacana, cuba mengkaji keterpaduan, keruntuhan dan keterbacaan wacana
buku pelajaran bahasa Indonesia di peringkat sekolah dasar.
Kerancakan
penelitian tentang wacana bahasa Melayu diperteguhkan lagi. Pertambahan pelbagai
kajian dibuat oleh para tokoh bidang ini. Sato Hirobumi merupakan seorang tokoh
dalam bidang ini telah menghasilkan tesis Ph.D beliau bertajuk “Analisis Nahu
Wacana Bahasa Melayu Klasik Berdasarkan Teks Hikayat Hang Tuah”. Tumpuan yang beliau berikan ialah hubungan
antara susunan ayat yang logical dengan susunan maklumat. Perhatian ini juga
diberikan terhadap analisis tetenunan dalam ayat yang berkaitan dengan hubungan
tersebut. Kegiatan yang dapat dilihat hasil sumbangan Sanat Md Nasir ialah
apabila beliau merancakkan penelitian wacana dalam tesis Ph.D dengan tajuk “Tautan
dalam Wacana Melayu Akhbar: Analisis Rencana Pengarang Utusan Zaman”. Kajian beliau
ini telah mengemukakan konsep struktur tautan dan konsep struktur tema.
CONTOH ANALISIS WACANA BERDASARKAN TEKS
PIDATO ANTARABANGSA BAHASA MELAYU
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 LATAR
BELAKANG KAJIAN
Penulisan
ilmiah ini berbentuk kajian yang mengandungi empat bab. Bab pertama adalah
sebagai pendahuluan yang memuatkan beberapa aspek, iaitu latar belakang kajian,
tujuan kajian, bidang kajian, bahan kajian, kaedah atau metodologi kajian, dan
konsep-konsep penting yang berkaitan dengan kajian. Bab kedua pula mengenai
pengenalan tatabahasa wacana yang diisi dengan beberapa aspek, iaitu sejarah
ringkas wacana, teori-teori wacana, dan membincangkan beberapa kajian lalu
tentang wacana.
Pada
bab ketiga, ditampilkan analisis wacana dari perspektif struktur tema. Analisis
struktur tema melihat ketangkasan tema sebagai amanat penulis atau penutur. Di
penghujung bab ini, diketengahkan kepadaan ‘atqakum’ di dalam struktur tema
bagi melihat kesepaduan analisis saintifik dengan ghaibi. Manakala dalam bab
keempat, hanyalah sekadar rumusan atau kesimpulan kajian yang mengisi bab
penutup bagi penulisan ini.
1.2 TUJUAN
KAJIAN
Penulisan
ilmiah ini akan menganalisis wacana bahasa Melayu dari aspek struktur tema
berdasarkan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) tahun 2015. Analisis yang
dilakukan berdasarkan sumber aqli dan naqli. Perkara pokok dalam kajian ini
adalah untuk melihat kepadaan ‘atqakum’ di dalam struktur tema.
Penelitian
terhadap struktur tema membolehkan kita mengesan kehadiran amanat penulis atau
penutur melalui unsur tema yang hadir di awal klausa atau ayat. Kesedaran
tentang kepadaan ‘atqakum’ dalam struktur tema
mampu meletakkan kajian sebagai sebahagian ibadah (liya’budu) melalui
kesepaduan penanggapan secara ‘Imuyaqin, ‘ainulyaqin dan haqqulyaqin.
1.3 BIDANG
KAJIAN
Bahasa
dapat dikaji dari segi struktur dan fungsi. Dari segi struktur, bahasa dapat
diberi definisi sebagai serentetan ayat yang berperanan untuk mengungkapkan
fikiran, manakala dari segi fungsinya, bahasa dapat diungkap sebagai alat
interaksi sosial yang peranan utamanya ialah komunikasi ( Asmah Haji Omar,
1987:108).
Dalam
konteks penulisan ini bidang kajian terarah analisis struktur maklumat yang
melibatkan teks Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu tahun 2015. Menurut sanat Md. Nasir, struktur tema dilihat
dalam sesuatu yang mencirikan klausa sebagai amanat( Mohd Rashid Md Idris
2004:21). Menurutnya lagi, klausa
sebagai struktur amanat terdiri daripada tema dan rema. Tema merujuk kepada
kategori formal sebagai unsur ada kedudukan awal klausa, titik mula klausa
sebagai amanat, manakala rema pula adalah
yang selebihnya iaitu bahagian yang mengembangkan ataupun menerangkan
tentang tema. Dapatlah disimpulkan secara ringkas bahawa struktur tema
mempunyai dua bahagian, iaitu tema dan rema.
1.4 BAHAN
KAJIAN
Kami
memilih teks Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Tahun 2015 sebagai bahan kajian
kami. Kami menggunakan bahan kajian ini untuk menganalisis struktur tema yang
terdapat dalam teks tersebut.
1.5 KAEDAH
KAJIAN
i.
Kaedah Rujukan dan Penyelidikan
Kami memilih
kaedah ini sebagai salah satu kaedah untuk mengumpul maklumat melalui sumber- sumber sekunder. Melalui kaedah
ini kami memperoleh maklumat yang telah diolah dan ditafsir serta dikemaskini
oleh pakar-pakar yang berkenaan. Untuk menjalankan kaedah ini,kami telah melayari
internet berkali-kali untuk merujuk pelbagai laman sesawang.
ii.
Kaedah Kepustakaan
Selain
itu, kami telah ke perpustakaan Tuanku Bainun,UPSI untuk memperoleh maklumat
yang secukupnya tentang aspek struktur tema dalam analisis wacana. Walaupun
kami telah menghabiskan banyak masa di perpustakaan tersebut untuk mencari
bahan-bahan dan maklumat kami masih berpeluang memperoleh pelbagai maklumat
berkaitan tajuk tugasan kami.
1.6 KONSEP-
KONSEP PENTING
Beberapa
konsep penting yang berkaitan dengan kajian ini akan diketengahkan seperti
konsep wacana dan struktur tema.
1.6.1 KONSEP WACANA
Terdapat dua
pendapat yang mengusulkan asal usul perkataan wacana iaitu yang pertama
mengatakan wacana berasal daripada kosa kata jawa iaitu wocono. Wocono ini pula
daripada woco yang bermaksud baca.
Pendapat kedua pula menyatakan wacana daripada perkataan bahasa Inggeris iaitu
discourse yang berasal daripada bahasa latin iaitu discursus yang bermakna
larian ke dan lari.
Secara konsepnya wacana melibatkan dua aspek yang
penting, iaitu proses dan produk. Proses wacana ini melibatkan kognitif iaitu
akal fikiran semasa menghasilkan sesuatu wacana. Hasil yang diperoleh melalui
proses wacana tadi boleh dilihat dalam bahan yang boleh dibaca atau didengari.
Wacana turut mempunyai struktur yang wujud dalaman dan luaran. Struktur dalaman
merujuk kepada makna seperti tautan dan runtutan. Bagi struktur luaran pula
merujuk struktur yang wujud secara grafik atau fonik seperti struktur tema dan
struktur maklumat.
Wacana melibatkan jaringan ayat yang mempunyai batasan,
iaitu awal dan akhir. Di antara batasan ini akan wujud jaringan ayat melalui
susunan yang bermakna melibatkan ayat awal dan ayat yang mengikutinya. Seperi
yang dijelaskan sebelum ini wacana merupakan kesatuan bahasa yang lengkap dan
berada pada peringkat yang paling tinggi dalam pertuturan dan penulisan untuk
menyampaikan buah fikiran, perasaan dan lain-lain keperluan. Disimpulkan bahawa
wacana bukan kesatuan bahasa yang hanya terdiri daripada kata ataua ayat
seperti yang dikatakan oleh sesetengah orang. Menurut Adenan Ayob (2010: 86),
kesatuan bahasa yang paling lengkap dan luas atas kalimat atau klausa dengan koheren dan kohesi tinggi,
berkesinambungan dan mempunyai awalan dan akhiran nyata yang disampaikan secara
lisan atau bertulis.
1.6.2 KONSEP STRUKTUR TEMA
Struktur tema adalah merujuk kepada struktur dalam ayat
yang ditandai dengan tema dan rema. Tema mendahului rema tetapi dalam persoalan
ini bukan sekadar dalam ayat yang menunjukkan titik tolak penggunaan bahasa
malahan antara ayat yang menampakkan pilihan untuk mencari kesan.
Menurut Sanat Md Nasir ( 1997:259) struktur tema dilihat
sebagai sesuatu yang mencirikan klausa sebagai amanat. Klausa sebagai struktur
amanat pula terdiri daripada tema dan rema. Tema merujuk kepada kategori formal
sebagai unsur pada kedududkan awal klausa, titik mula klausa sebagai amanat.
Manakala rema pula adalah apa yang selebihnya, iaitu bahagian yang
mengembangkan tema.
BAB 2
WACANA –SUATU PENGENALAN
2.1
SEJARAH RINGKAS WACANA
Menurut
Sanat Md. Nasir (1996:1-16) wacana sebagai bidang kajian yang mempunyai sejarah
yang panjang, iaitu bermula dengan peradaban keagamaan yang mengkaji kitab
agama, seperti teks, Veda sejak 1200 sehingga 1000 S.M malah jika disorot lagi zaman suhuf-suhuf dan
risalah nabi-nabi Allah jauh lebih awal, iaitu seawal Nabi Adam.
Penyelidikan
wacana bahasa Melayu berlaku kian rancak dalam tahun 1980-an, iaitu sepuluh
tahun selepas wacana sebagai satu disiplin berlaku rancak di Eropah dan Amerika
Syarikat. Pemaparan penyelidikan itu berupa artikel, disertasi dan buku. Asmah
(1980 a dan 1980 b) telah menulis dua artikel dalam jurnal Dewan Bahasa yang
masing-masing bertajuk ‘Analisis Wacana’ dan ‘Pengajaran Bahasa untuk Kemahiran
Komunikasi: Pendekatan Wacana’. Dalam artikel yang pertama, beliau telah
menunjukkan tiga jenis analisis wacana iaitu kaedah Harris, kaedah Becker, dan
kaedah Sinclair dan Coulthard. Artikel lain seperti Lutfi Abbas (1982) dan
Soenjono-Dardjowidjojo (1985:1986).
Sanat
Md. Nasir (1996) turut merancakkan penelitian wacana dalam bentuk tesis Ph.D
‘Tautan dalam Wacana Bahasa Melayu Akhbar:Analisis Rencana Pengarang Utusan
Zaman(1957-1961)’. Peneliti lain, Soeseno (1992) dalam syarahan perdana sempena
pengukuhan beliau sebagai profesor memilih tajuk ‘ Analisis Wacana dan
Penerapannya’. Dalam syarahan itu, beliau secara meluas menyentuh topik-topik
seperti analisis wacana sebagai ilmu bahasa, perbezaan antara wacana lisan
dengan tulisan, konteksituasional, prinsip interpretasi lokal dan analogi,
implikator, prisaposis, inferensi, referensi, pronominal, kohesi, koheransi,
dan pengetahuan tentang dunia.
2.2 TEORI TATABAHASA WACANA
Secara tradisionalnya, kajian tatabahasa lazim
memfokuskan perhatian kepada analisis struktur di peringkat ayat dengan
tanggapan bahawa ayat merupakan satuan yang terbesar dalam bahasa atau satuan
yang terbesar untuk diskripsi tatabasa. Sebenarnya suatu ayat yang diujarkan
baik dalam bentuk lisan atau tulisan adalah berfungsi sebagai satu unsur dalam
kesatuan yang dilahirkan oleh jalinan ayat yang menyampaikan maklumat tentang
sesuatu topik.
Menurut Asmah (1987:108) kesatuan ini mempertlihatkan
hubungan yang bergabung secara logik antara butir fikiran dengan perkembangan
aqliah yang ada di dalamnya, iaitu keteraturan fikiran dan kesatuan ini akan
diberi nama wacana atau teks. Peneliti wacana yang lain seperti Sanat,
persoalan keteraturan fikiran dipanggil runtutan. Sekiranya ayat-ayat tidak
mempunyai hubungan logik antara satu sama lain diletakkan secara
berturut-turut, kumpulan ayat itu tidak disebut sebagai runtut.
Selain hubungan logik akal runtu, wacana juga ditandai
oleh perkaitan kebahasaan pada bentuk lahirnya iaitu tetenunan sebagai istilah
yang digunakan oleh Asmah (1987:108). Sanat pula menggunakan istilah tautan
bagi menjelaskan persoalan yang sama. Sehubungan dengan itu, unsur-unsur yang
didapati pada bentuk lahir wacana dikaitkan sebagai nahuan atau leksikal antara
ayat. Perkaitan kebahasaan ini menunjukkan bahawa ayat yang membentuk wacana
bukan berdiri sendiri dari segi struktur tetapi saling bergantung antara satu
sama lain dalam membentuk satu kesatuan struktur.
Sanat Md. Nasir (1998:122-124) berpendapat bahawa
teori-teori bahasa wacana sebelum ini dianggap tidak mempunyai asas yang kukuh
kerana ketidakmampuan teori-teori ini melihat hubungan makhluk dengan
Khaliqnya. Teori yang dimaksudkan ialah Teori Atqakum. Teori Atqakum
menggabungkan kepadaan diskripsi dan eksplanatori dengan keadaan kepadaan ‘
atqakum’. Teori Atqakum dapat menjawab pelbagai persoalan tentang lingsuitik
seperti lingusitik itu apa, seharusnya hendak ke mana dan untuk apa.
Teori Atqakum mempunyai makna yang khusus iaitu merujuk
kepada perintah supaya bertaqwa. Teori ini bukan sekadar teori tetapi lebih
daripada itu iaitu supaya penutur dan pendengar bahasa itu menjadi insan yang
paling bertaqwa di sisi Allah.
Kesimpulannya yang dapat dibuat berdasarkan perbincangan
ini, Teori Atqakum mampu menjadi wadah yang unggul dalam mengungkap segala
persoalan berkaitan dengan kebahasaan. Dalam konteks ketamadunan Melayu dan
Islam, teori ini mampu diperluaskan dalam bentuk-bentuk lain yang bukan
kebahasaan kerana kemampuannya seiring dengan bawaan diri manusia sebagai hamba
Allah.
2.3 BEBERAPA KAJIAN TENTANG WACANA
Ahli bahasa Propp (1982) dan Mathesius (1939) dari aliran
praha adalah di antara yang terawal menghasilkan kajian tentang wacana, iaitu
‘morphology of the forktale’ oleh Propp dan kajian tentang perspektif ayat
tugasan oleh Mathesius. Kemudian lahir tokoh wacana seperti Malinowski (1935)
dengan kajian Keperihalan Keadaan, dan Harris (1952) dengan kajian Analisis
Wacana.
Tokoh lain seperti Pike, Hymes, Lamb, dan Hartrtmamn yang
menghasilkan kajian di sekitar tahun 1960-an dekad berikutnya lahir pula tokoh
seperti Halley Day dan Hassan, Beugrande dan Dressller, Grimes, Martin, dan
Cook.
Kajian wacana bahasa Melayu dikatakan dipolopori oleh
Mohd Yunus Marlis (1966) dengan kajian keperihalan keadaan. Kemudian muncul
Harimurti Kridalaksana (1970:1978) dengan kajian ‘ Nya sebagai Penanda Anafora’
dan ‘Keutuhan Wacana’. Tokoh tempatan ialah Asmah (1980) dengan kajian
‘Analisis Wacana’ dan ‘Pengajaran Bahasa untuk Kemahiran Berkomunikasi:
Pendekatan Wacana’ dalam bentuk jurnal. Dalam tokoh tempatan yang lain seperti
Lutfi Abbas (1982), Abdul Aziz (1982), dan Azhar M. Simin (1983) dengan tesis
Ph.D masing-masing. Abdul Aziz dengan kajian struktur tema dan sistem hubungan
logikal dan Azman M. Simin pula dengan kajian sintaksis wacana (YANG).
Dalam hal ini dapat dirumuskan bahawa kajian-kajian
wacana telah dihasilkan dalam pelbagai bentuk seperti artikel, kertas kerja, buku,
lahitan ilmiah, dan tesis sarjana kedoktoran. Jumlah kajian berbentuk kajian
ilmiah dan tesis kian bertambah seiring dengan pertambahan para pelajar di
peringkat sarjana muda, sarjana dan kedoktoran dalam bidang kajian wacana.
BAB
3
ANALISIS WACANA TEKS PIDATO ANTARABANGSA
BAHASA MELAYU TAHUN 2015
3.1 PENDAHULUAN
Sebelum ini telah dibincangkan konsep struktur tema iaitu
merujuk kepada struktur dalam ayat yang ditandai oleh tema dan rema. Dalam
struktur tema, kehadiran tema adalah mendahului rema. Namun persoalan struktur
tema bukan sekadar di peringkat ayat tetapi juga antara ayat. Pendapat lain
berkaitan dengannya, struktur tema dilihat sebagai sesuatu yang mencirikan
klausa sebagai amanat (Sanat :1997 : 259). Klausa sebagai struktur tema adalah
terdiri daripada tema dan rema. Tema difahami sebagai titik mula klausa sebagai
amanat manakala rema pula adalah dapat difahami sebagai bahagian yang
mengembangkan tema. Penelitian berikutnya melibatkan aspek struktur tema yang
dimiliki oleh teks Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu tahun 2015.
3.2 CONTOH TEMA DAN REMA
TEMA
|
RIMA
|
Keamanan
itu
|
adalah
apabila kita tidak membeza-bezakan antara merah dan jingga
|
Jadual
3.2 contoh tema dan rema
Dalam Jadual 3.2. di atas menunjukkan contoh Tema dan
Rema bagi ayat yang dinyatakan. Untuk
mengenal pasti dan memisahkan Tema dan Rema, penganalisis boleh melihat pada
unsur transisi pada ayat atau klausa. Perkataan bergaris dalam jadual di atas
adalah transisi ayat. Transisi menjadi sempadan bahagian maklumat baru.
Ayat dalam jadual di atas,misalnya
Keamanan itu ialah maklumat lama, iaitu maklumat yang sedia diketahui pembaca
atau dinamakan Tema. Manakala adalah apabila kita tidak membeza-bezakan antara
merah dan jingga ialah maklumat baru, iaitu maklumat yang hendak dikhabarkan
kepada pembaca. Unsur ini dinamakan Rema. Dari segi teori, Rema perlu sentiasa
baru kerana di sinilah letaknya ‘kebaharuan’ maklumat dalam klausa atau ayat
untuk penerima wacana.
3.3 ANALISIS TEMA
DAN REMA DALAM TEKS PIDATO ANTARABANGSA BAHASA
MELAYU
3.3.1 KATA NAMA SEBAGAI TEMA
Kata nama dikenali sebagai kata benda. Kata nama ialah
merujuk kepada nama bagi sesuatu sama ada nama benda, orang, konsep, binatang,
perkara, atau tempat. Kata nama ada yang berbentuk konkrit dan abstrak. Kata nama juga berfungsi sebagai tema.
Contoh
petikan Pidato A :
TEMA
|
REMA
|
|
a)
|
Farah
|
penghidap sakit hati yang sangat parah
kerana kekurangan nutrisi
|
b)
|
Saya
|
Ingin mengakhiri ucapan ini dengan
membuat satu pengumuman
|
c)
|
Keamanan
|
adalah pengiktirafan, kerencaman hidup
dan warna-warninya.
|
Jadual
3.3.1 Kata Nama sebagai tema
Contoh petikan Pidato B:
TEMA
|
REMA
|
|
a)
|
Saya
|
mula belajar penyelesaian masalah kita ada di di alam sekitar
|
b)
|
Malaysia
|
faham kepentingan pemulihan dan pemeliharaan alam sekitar dan pada hari
ini izinkan saya menerangkan kepentingan alam sekitar itu sendiri boleh
membantu.
|
c)
|
Resepi
|
ini telah
memberi ilham kepada Syarikat Cleader supaya bagi setengah tan karbon
dioksida, 1 tan simen dapat dihasilkan.
|
Jadual
3.3.2 Kata Nama sebagai tema
Dalam Jadual 3.3.1 di atas, menunjukkan beberapa bukti kata
nama sebagai tema yang terdapat dalam teks Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu
Tahun 2015. Tema ayat (a) dibina daripada kata namaan, iaitu Farah
manakala dari segi prosesnya pula ialah penghidap sakit hati yang sangat parah dan
sasarannya adalah kerana kekuranagn nutrisi.
Tema ayat (b) juga dibina daripada kata nama. Kata
namanya ialah Saya dan remanya pula
ialah ingin mengakhiri ucapan ini dengan membuat satu pengumuman.
Tema ayat (c) yang terdapat dalam jadual di atas pula
kata namanya ialah Keamanan dan rema bagi
ayat (c) pula ialah adalah pengiktirafan, kerencaman hidup dan warna-warninya. Oleh
itu, tema dan rema merupakan perkara yang aling berkait antara satu sama lain.
Dalam Jadual 3.3.2 di atas, menunjukkan beberapa bukti
kata nama sebagai tema yang terdapat dalam teks Pidato Antarabangsa Bahasa
Melayu Tahun 2015. Tema ayat (a) dibina daripada kata namaan, iaitu Saya manakala dari segi prosesnya pula ialah mula
belajar penyelesaian masalah kita ada dan sasarannya adalah di
alam sekitar .
Tema ayat (b) juga dibina daripada kata nama. Kata
namanya ialah Malaysia dan remanya pula ialah faham kepentingan pemulihan dan pemeliharaan
alam sekitar dan pada hari ini izinkan saya menerangkan kepentingan alam
sekitar itu sendiri boleh membantu.
Tema ayat (c) yang terdapat dalam jadual di atas pula
kata namanya ialah Resepi dan rema bagi ayat (c) pula ialah ini telah memberi ilham kepada
Syarikat Cleader supaya bagi setengah tan karbon dioksida, 1 tan simen dapat
dihasilkan. Oleh itu, tema dan rema merupakan perkara yang aling
berkait antara satu sama lain.
3.3.2FRASA
NAMA SEBAGAI TEMA
Frasa nama ialah binaan yang boleh mengandungi satu kata
atau lebih dan kata intinya ialah kata nama. Frasa nama merupakan salah satu daripada konstituen
utama dalam binaan ayat. Frasa nama berfungsi sebagai tema dalam struktur tema.
Dalam teks Pidato antarabangsa bahasa Melayu tahun 2015, terdapat penggunaan
frasa nama sebagai struktur tema.
Contoh petikan Pidato A:
.
|
TEMA
|
REMA
|
a)
|
Keamanan itu
|
adalah
apabila kita menyantuni mereka.
|
b)
|
Keamanan itu
|
adalah
apabila kita tidak membeza-bezakan antara merah dan jingga
|
c)
|
Keamanan itu
|
adalah
pelangi, pelangi yang tidak hadir ketika hujan lebat mahupun panas terik.
|
Jadual
3.3.3 Frasa nama sebagai tema
Contoh petikan Pidato B:
TEMA
|
REMA
|
|
a)
|
Seorang saintis
|
dari New York telah mencipta daun tiruan serta meniru proses
fotosintesis.
|
b)
|
Kehidupan kita
|
perlu diperbaiki
|
Jadual
3.3.4 Frasa nama sebagai tema
Dalam teks Pidato A, terdapat beberapa ayat yang
menunjukkan frasa nama sebagai tema. Buktinya dalam jadual 3.3.3 menunjukkan
bahawa frasa nama digunakan sebagai tema. Walaupun temanya menggunakan frasa nama yang
sama tetapi rema bagi setiap ayat adalah berbeza. Buktinya bagi ayat tema (a)
frasa namanya adalah Keamanan itu dan adalah
apabila kita menyantuni mereka merupakan rema bagi ayat (a).
Bagi tema ayat (b) pula temanya adalah keamanan
itu dan remanya pula ialah adalah
apabila kita tidak membeza-bezakan antara merah dan jingga.
Bagi ayat (c),temanya ialah keamanan itu dan adalah
pelangi, pelangi yang tidak hadir ketika hujan lebat mahupun panas terik
merupakan rema bagi ayat (c).
Dalam teks
Pidato B, bagi tema ayat (a), ialah seorang saintis dan remanya
pula
ialah dari New York telah mencipta daun tiruan serta
meniru proses fotosintesis. Bagi
ayat (b)
pula untuk tema ialah kehidupan kita, manakala remanya ialah perlu
baiki.
3.3.3
PENANDA WACANA SEBAGAI TEMA
Penanda
wacana merupakan perangkai ayat untuk menentukan perkaitan atau kesinambungan
antara satu idea dengan satu idea yang lain dalam ayat atau perenggan.
Digunakan untuk memantapkan lagi keutuhan wacana bagi mengaitkan perenggan
dengan perenggan.Kegagalan dalam penggunaan penanda wacana yang tepat akan
menyebabkan seluruh wacana tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap.
Dalam struktur tema, penanda wacana juga berfungsi sebagai tema.
Contoh petikan Pidato A:
TEMA
|
REMA
|
|
a)
|
Namun
|
pelangi itu hanya akan hadir apabila saling
bertemunya kedua-dua titis hujan dan sinar mentari.
|
b)
|
Namun
|
di Somalia juga ada Farah.
|
c)
|
Tetapi
|
kerana mereka sedang sakit dan
sakitnya itu di sini.
|
Jadual
3.3.5 Penanda wacana sebagai tema
Contoh petikan Pidato B:
TEMA
|
REMA
|
|
a)
|
Walaupun
|
cuaca panas, suhu sejuk di dalam busut itu tetap dapat dikekalkan.
|
b)
|
Oleh sebab
|
kampung itu tidak mempunyai bekalan elektrik, saya terpaksa berdepan
dengan masalah yang besar sekali.
|
Jadual
3.3.6 Penanda wacana sebagai tema
Dalam jadual 3.3.5 menunjukkan penanda wacana sebagai
tema dalam teks Pidato Antarabangsa bahasa Melayu Tahun 2015 dan diikuti dengan
rema. Buktinya dalam ayat tema (a), penanda wacana namun merupakan tema dan pelangi
itu hanya akan hadir apabila saling bertemunya kedua-dua titis hujan dan sinar
mentari pula merupakan rema.
Ayat (b) pula menggunakan penanda wacana yang sama sebagai tema, tetapi
remanya yang berlainan. Buktinya, Namun merupakan tema dan di
Somalia juga ada Farah merukan rema bagi ayat tema (b).
Ayat tema (c)menggunakan penanda wacana Tetapi
sebagai tema dan kerana mereka sedang sakit dan sakitnya itu..di sini. Merupakan
rema bagi ayat (c).
Dalam
jadual 3.3.6, bagi ayat (a), temanya ialah walaupun. Manakala,
remanya ialah cuaca panas, suhu sejuk di dalam busut itu tetap dapat dikekalkan. Bagi ayat (b) pula, temanya ialah oleh
sebab dan remanya ialah kampung itu tidak mempunyai bekalan
elektrik, saya terpaksa berdepan dengan masalah yang besar sekali.

BAB 4 PENUTUP
4.0 KESIMPULAN
Kajian ini dilakukan bagi membolehkan kita mengetahui
bahawa wujudnya struktur tema di dalam pengaliran maklumat dalam teks Pidato
Antarabangsa Bahasa Melayu tahun 2015. Hal ini bermaksud arah aliran maklumat
berkenaan struktur tema dan rema dapat dijadikan penentu hala tuju sesuatu
pembacaan atau ayat.
Lazimnya, struktur tema yang dikaji memperlihatkan
maklumat tema dan rema yang dilihat sebagai sesuatu yang mencirikan klausa
sebagai amanat yang terdiri daripada dua bahagian iaitu tema dan rema itu
sendiri.
Struktur informasi yang berkait dengan unsur dipanggil
maklumat lama dan baru. Maklumat lama adalah maklumat yang dijangka sudah
diketahui oleh pendengar.Manakala maklumat baru adalah maklumat yang belum
diketahui oleh pendengar. Kedua-duanya penting kerana sesebuah wacana tidak
dapat disampaikan dengan berkesan jika salah satu daripadanya tidak dikaitkan
sekali.
Tema merupakan satu kategori tatabahasa yang formal yang
merujuk kepada unsur pertama dalam klausa. Manakala rema pula adalah apa yang
diperkatakan tentang tema dan selalunya merupakan predikat sesuatu ayat. Unsur
binaan Tema terdiri daripada unsur kata, gugusan kataatau klausa yang boleh
terdiri daripada salah satu kategori namaan (nominal), adverb atau frasa sendi.
Unsur yang terbina juga dapat mewujudkan Tema mudah atau Tema majmuk. Selain
itu,dari segi teori terdapat empat konfigurasi aliran Tematik dalam wacana atau
teks iaitu aliranTematik linear, Tema kekal, Tema berubah, dan Tematik rencam.
BIBLIOGRAFI
Mohd Rashid Md Idris (2004). Analisis
wacana cerpen:dari perspektif struktur maklumat dan struktur tema. ACH Communications Sdn.Bhd: Kuala Lumpur.
Mohd Rashid Md Idris, Norliza
Jamaluddin, Abu Hassan Abdul & Adenan Ayob (2012). Tatabahasa wacana.
Emeritus Publications :Tanjong Malim.
Prof. Dr. H.G. Tarigan (1993). Pengajaran wacana. Penerbit Angkasa: Bandung
LAMPIRAN TEKS
PIDATO A (JOHAN PABM 2015: KEAMANAN DUNIA, SAKITNYA TU DIMANA?)
TRANSKRIPSI TEKS PIDATO ANTARABANGSA BAHASA MELAYU TAHUN
2015
Assalamualaikum w.b.t dan
Salam Sejahtera
Hadirin dan hadirat,
Semasa upacara
pengebumian negarawan Indonesia,
Saat keranda ingin
dipulangkan ke dalam liang lahad seorang presiden telah bangun mara ke hadapan
dan mengungkapkan
Wahai ibu pertiwi, kami
pulangkan pemuda terbaik bangsa, lantas bercucuran air mata zikir mereka yang
hadir melihat seorang anak bangsa yang bermaruah dengan penuh bermaruah.
Perkara ini membuatkan saya teringat kepada tragedi MH370 yang menimpa kita.
Betapa, melihat kita tidak berpeluang
atau tidak akan berpeluang dengan penuh rasa hormat dan bermaruah. Lalu izinkan
saya untuk didekasikan pidato ini buat seluruh keluarga Dan kenalan mangsa
MH370 dan MH17.
Saudara dan saudari,
Ayuh kita berbicara
tentang keamanan. Saya ada empat soalan ingin diajukan
pertama, apakah
ketidakamanan itu penyakit? Saudara dan saudari, Setiap kali berlaku
ketidakamanan seperti perang saudara di Sudan, pengeboman di Bali serta
pembersihan etnik di Myanmar dan juga Bosnia. Pasti akan ada nyawa yang
terkorban, jiwa yang merana, darah yang tumpah. Jadi, pasti sakit bukan?
Soalnya jika ada kesakitan itu, sakitnya
itu di mana?..Ya, sakitnya itu di sini. Benar, sakit jiwa mereka yang melihat
dan menanggung kesan pergolakan, namun ia lebih benar keamanan itu akan hilang
tatkala manusia telah sakit jiwanya, busuk hatinya. Apabila jiwa manusia telah
sarat dengan kebencian, dibelenggu sifat
kebinatangan, bertuhankan nafsu maka keamanan tidak hadir. bukan kerana dia Kristian, Hindu atau Islam,
bukan. Tetapi kerana mereka sedang sakit
dan sakitnya itu..di sini.
Hadirin dan hadirat yang
saya muliakan,
Kedua, apakah warna
keamanan? Hitam atau putih?. Kalau hitam kata kita maka benarlah asas
perjuangan gerakan kons yang telah melakukan kekejaman terhadap warga kulit
hitam di Amerika. Kalau putih kata kita maka bolehlah kita terima dasar apetied
di Afrika. Sebenarnya, keamanan itu bukan hitam atau putih juga bukan kelabu. Keamanan itu adalah apabila kita menyantuni
mereka. Yang merempat di biru laut di kuning barat. Keamanan itu adalah apabila
kita tidak membeza-bezakan antara merah dan jingga. Bukan juga apabila kita
bertekak, kita menggelar, “mak kau hijau”. Keamanan
adalah pengiktirafan, kerencaman hidup dan warna-warninya. Keamanan itu adalah pelangi, pelangi yang
tidak hadir ketika hujan lebat mahupun panas terik. Namun, pelangi itu hanya akan hadir apabila saling bertemunya kedua-dua
titis hujan dan sinar mentari.
Hadirin dan Hadirat yang
saya muliakan,
Ketiga, siapakah juara
keamanan? Hadirin, di Malaysia, kita ada Farah Ann Abdul Hadi, pemenang pingat
emas acara gimnastik di Sukan SEA. Di
United Kingdom, mereka ada Muhammad Ali Farah, pemenang pingat pemain bola
sepak dan Farah William, pemenang pingat
wanita terbaik antarabangsa. Namun , di
Somalia juga ada Farah. Namanya Minhash KD Farah. Bezanya, matanya
terbeliak kekuningan kepalanya besar dan batang tubuhnya tidak ubah seperti
rangka hidup.
Farah penghidap sakit
hati yang sangat parah kerana kekurangan nutrisi dan terdapat kira-kira 130
ribu lagi kanak-kanak Somalia yang seperti Farah namun tidak pernah dapat untuk
diselamatkan, jadi jika Fara Ann ,Muhammad Ali Fara dan Fara William
dikalungkan dengan anugerah kejayaan maka saat orang seperti Minhash KD farah
dikalungkan dengan anugerah untuk hidup dan membina masa depan maka kita semua
lah pemenang pingat keamanan yang sebenarnya.
Hadirin dan hadirat yang
saya muliakan,
Keempat,
Apakah bentuk keamanan ,
Hadirin jika keamanan diibaratkan seperti binaan apakah bentuknya? Adakah
seperti sebuah kota kemegahan atau sebuah kubu pertahanan, seperti A Famosa
yang melindungi melaka daripada serangan musuh atau seperti kubu Ecesis
Endorolway ataupun seperti tembok besar China yang menghalang kemaraan tentera
Mongul, bagi saya keamanan hanyalah ibarat sebuah rumah, rumah yang didalamnya
seorang muslim bisa merapatkan dahi ke bumi dalam sujud paling kusyuk, rumah yang di dalamnya seorang
penganut hindu boleh untuk berterima kasih kepada Dewa Brahman dan juga Trimuti
, rumah yang didalamnya penganut kristian boleh untuk terus mengakui bahawa Isa
Al Masih adalah anak tuhan dan rumah yang didalamnya seseorang yang seperti
rakan saya saudari Tan Tsio Lian yang berbangsa Cina dapat tidur dengan lena
dan bermimpi pun di dalam bahasa Melayu .
Hadirin dan hadirat yang
saya muliakan,
Saya ingin mengakhiri ucapan ini dengan membuat
satu pengumuman,pengumuman yang tidak pernah kita dengar dan tidak akan
pernah kita dengar “Assalamualaikum dan salam sejahtera tuan-tuan dan puan-puan
saya adalah pembantu penerbangan anda, nama saya Ahmad Hakimi bagi pihak kapten
Ahmad Amran dan pembantunya kapten Eujin dan juga pembantu penerbangan Firdaus,
kami mengucapkan selamat datang ke pesawat Boeing 777 penerbangan MH17, Cuaca
dan penerbangan berada dalam keadaan baik dan kita akan sampai di Kuala Lumpur
sebentar lagi, bagi pihak Malaysia Airlines kami mengucapkan terima kasih
kerana telah memilih penerbangan Malaysia Airlines MH17. Al fatihah .
Terima kasih.
LAMPIRAN TEKS PIDATO B (JOHAN PABM 2015:
PENYELESAIAN SUDAH ADA DI PERSEKITARAN KITA)
Saudara dan saudari sekalian,
Sewaktu saya melawat Negara Malaysia pada tahun lalu,
saya diberi peluang untuk bertani disatukan dengan ekologi yang bernama
Pestkosern Ship di Kampung Sungai Dua, Pahang. Oleh sebab kampung itu tidak
mempunyai bekalan elektrik, saya terpaksa berdepan dengan masalah yang besar
sekali. Iaitu, bukanlah ketiadaan facebook, tetapi sebaliknya
ketiadaan peti sejuk. Setiap kali saya menyediakan makanan, ribuan serangga
merengumuni makanan tersebut dalam masa kurang daripada 10 minit sahaja. Ada
gula, ada semut. Tidakkah demikian?. Pada suatu hari saya telah dijemput oleh
pekerja tetap kampung itu untuk makan malam. Segala juadah yang dimasak
olehnya, pedas sekali. Pada keesokan harinya, saya dapat melihat bahawa masakan
itu masih dalam keadaan yang baik walaupun ditinggalkan semalaman. Wah, mungkin
ada cili, tidak ada semut. Saya mula belajar penyelesaian masalah kita ada
di sekitar kata.
Tuan pengerusi majlis, Barisan panel hakim Yang Arif lagi
bijaksana, saudara dan saudari yang dikasihi dan dekat di hati. Salam sejahtera
dan salam perkenalan dari United Kingdom.
Kenapa saya katakan alam sekitar kita mempunyai
penyelesaian yang terbaik. Ini kerana, alam sekitar mampu mengatasi masalah secara
mapan. Pemimpin Malaysia tekad untuk mengurangkan pelepasan karbon dioksida
sebanyak 40% sebelum tahun 2020. Malaysia faham kepentingan pemulihan dan
pemeliharaan alam sekitar dan pada hari ini izinkan saya menerangkan
kepentingan alam sekitar itu sendiri boleh membantu.
Hadirin dan hadirat,
Contoh yang pertama ialah Pendingin hawa. Salah satu
jenis anai-anai di Afrika Utara telah memberi sumber inspirasi kepada jurureka
binaan melalui busut yang dibinanya. Walaupun cuaca panas, suhu sejuk di
dalam busut itu tetap dapat dikekalkan. Bagaimana? Jurureka binaan tersebut
dalam meniru reka bentuk busut dengan mereka terowong vertikal di dalam dua
buah pejabat di Zimbabwe dan Australia untuk peredaran udara hangat. Dengan
sistem ini, 90% tenaga elektrik dapat
dijimatkan. Contoh yang kedua yang ingin saya kongsikan ialah dalam bidang
pembinaan. Pembinaan, dewasa ini banyak menggunakan simen dan proses ini telah
mencemarkan alam sekitar dengan teruk sekali. Kerana, bagi setiap 1 tan simen
yang dihasilkan, 1 tan karbon dioksida dilepaskan ke udara. Sementara itu, di
laut, terumbu karang dibina melalui campuran secara semula jadi antara kalsium
dan karbon dioksida. Resepi ini telah memberi ilham kepada Syarikat Cleader
supaya bagi setengah tan karbon dioksida, 1 tan simen dapat dihasilkan.
Saudara dan saudari sekalian,
Contoh yang ketiga, Tenaga. Kemalangan yang berlaku di
Pusat penghasilan tenaga nuklear di
Guenopar menyebabkan manusia tidak dapat hidup selama 20,000 tahun di kawasan
itu. Mengikut kajian saintis, kalau kita melihat di Nigeria pula, pengeluaran
petrol telah mengakibatkan pengeluaran hujan asid sehingga sungai-sungai
kehilangan ikan, dan sayur-sayuran tidak sesuai dimakan. Dengan sumber matahari
yang sepanjang tahun, kita boleh belajar daripada penghasil tenaga yang
terbaik, iaitu daun. Seorang saintis dari New York telah mencipta daun tiruan
serta meniru proses fotosintesis. Dan teknologi ini dapat dijadikan bahan api
hidrogen. Mengapakah mencemarkan alam sekitar jika sumber tenaga dapat dihasilkan
melalui sinar matahari dan air sahaja.
Saudara dan saudari sekalian,
Ketiga-tiga contoh ini dapat menjelaskan alam sekitar
boleh membantu Malaysia untuk pembangunan Negara secara mampan. Pemeliharaan
dan pemuliharaan alam sekitar menjadi keutamaan yang sangat penting untuk kita
semua. Tanpa cuaca yang stabil, tanpa air yang bersih, tanpa udara nyaman,
tiadalah kita. Kehidupan kita perlu diperbaiki. Tetapi janganlah bimbang, jika
sekecil busut mampu memberi idea, jika sehelai daun, dapat mengubah dunia, jika
terumbu karang boleh mencorakkan kita, apakah alasan kita untuk tidak berusaha.
Lihatlah wahai manusia, penyelesaian sebenarnya sudah ada di persekitaran kita.
Terima kasih daun keladi, harap kita berjumpa lagi.
0 comments:
Post a Comment